Aku tengah syok menjemur kuih, tiba-tiba Abah Rohman, mertuaku, datang menegur. "Leha, Leha... ini kuih raya ke jemuran raya? Lain macam gayanya." Abah menggeleng-gelengkan kepala. "Leha, Abah rasa matahari pun terkejut tengok kuih raya kita berjemur macam ni. Kalau macam ni, lalat pun datang beraya sekali nanti."
Aku buat tak endah je. Aku yakin cara ni boleh selesaikan masalah buat kuih dengan cepat dan jimat.
Tak lama lepas tu, Mak Robiyah, ibu mertuaku, pun menyampuk. "Tenaga matahari kan bagus, Leha? Ya, memang bagus... untuk jemur kain, bukan untuk panggang kuih raya. Leha, kalau nak berinovasi pun, janganlah sampai kuih raya kita jadi mangsa. Mak rasa kuih raya kita ni dah jadi kuih raya eksperimen."
Rohim, anak aku yang baru tiga tahun, pun terkejut tengok aku. "Emak, kuih raya kita ni dah jadi kuih raya air mata dah. Sedih sangat agaknya kena jemur. Kalau macam ni, kita jual kuih raya aiskrim je lah, Mak," celotehnya.
"Leha! Ya Allah, Leha buat apa ni?" Mamat, laki aku, terkejut beruk tengok aku menyusun kuih raya atas tikar tengah panas terik ni. Peluh dah membasahi dahi aku, muka pun merah padam.
Aku toleh, senyum lebar. "Abang! Ha, Leha tengah panggang kuih raya ni. Mana boleh harap ketuhar je, tenaga matahari kan lagi bagus!"
Mamat garu kepala, blur. "Panggang? Tapi Leha... kuih raya ni bukan dipanggang dalam ketuhar ke?"
"Alah, abang ni. Leha saja je cuba cara baru. Manalah tahu lagi sedap. Lagipun, tengok ni, matahari tengah terik ni, elok sangat untuk memanggang," aku cakap sambil tunjuk langit.
Mamat datang dekat, periksa kuih raya yang tersusun tu. Biskut semperit dah mula meleleh, tart nenas pun nampak layu. "Leha... tengok ni, kuihnya dah tak cantik. Meleleh semua."
Aku kerut dahi. "Eh, ye ke? Alamak, macam mana ni?"
"Leha, Leha... lain kali janganlah buat macam ni. Kuih raya memang kena panggang dalam ketuhar, bukan dijemur tengah panas macam ni. Dah, cepat kita angkat masuk. Nanti lagi teruk," Mamat cakap sambil tolong aku kutip kuih raya yang dah rosak.
"Hmm, yelah bang. Leha ingatkan lagi bagus kalau dipanaskan macam ni. Silap tafsir rupanya," aku cakap sambil lap peluh.
Mamat senyum, usap bahu aku. "Tak apa, Leha. Lain kali tanya abang dulu ya? Sekarang kita buat yang baru. Abang tolong."
Aku yang dari tadi diam terus bersuara, "Maafkan Leha, Mak, Abah, Rohim, Abang," ucapku dengan muka sedih.
Diorang semua datang dekat, peluk aku. "Tak apa Leha, usaha awak yang buat kami sayang dengan awak."
Kami berdua kemas kuih raya yang dah rosak, balik ke dapur. Mamat temankan aku bakar kuih raya yang baru, pastikan semua buat betul-betul. Sambil membakar, kami berdua gelak mengenangkan kejadian kat jalan raya tadi.
Bahu aku ditepuk dari belakang, "Emak, awas rosak pula nanti kue tu," Rohim anakku bersuara, tengah perhatikan aku yang termenung depan ketuhar.
"Alamak, Raya Lagi! Kuih Raya Tak Jadi-Jadi nanti Mak!" Celoteh Rohim.
Aku senyum tengok reaksi anak aku. Agaknya dia trauma dengan kuih yang aku panggang kat jalan raya tadi.
Aduh, bau mentega dengan vanila ni sepatutnya bagi aku semangat nak Raya. Tapi, tahun ni, bau tu cuma buat aku geram je.
"Alamak, Raya lagi! Kuih raya tak jadi-jadi," Rohim merungut sambil kacau adunan yang lembik depan aku.
"Biar Emak yang buat," aku cakap, ambil adunan dari tangan dia. Lepas tu, aku pandang kuih yang baru diangkat Rohim dari oven. Rasa terharu dan bangga dengan anak aku ni. Baru tiga tahun tapi dah pandai dan ambil berat pasal kerja aku yang selalu gagal ni.
"Oh, patutlah!" Aku tepuk dahi. Aku terlupa satu bahan penting – tepung jagung untuk kuih bangkit. Aku juga terkurang mentega untuk semperit.
Dengan semangat baru, aku kembali ke dapur. Aku ikut resipi betul-betul, pastikan setiap bahan aku sukat dengan tepat. Kali ni, aku lebih berhati-hati dan fokus.
Selepas beberapa jam, dapur aku kembali berbau harum. Semperit aku cantik, tart nenas aku gebu, dan kuih bangkit aku cair di mulut. Aku senyum puas. "Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya!"
Esoknya, pagi Raya, rumah aku penuh dengan sanak saudara dan jiran. Diorang semua puji kuih raya aku sedap. Aku senyum je. Aku tahu, di sebalik setiap kuih raya ni, ada cerita tentang kegigihan dan semangat yang tak pernah padam.
"Kuih raya ni memang sedap, Leha. Macam kuih raya arwah mak saya buat," puji seorang jiran.
Aku terharu. Aku tahu, Raya bukan hanya tentang kuih raya, tapi juga tentang kebersamaan dan kasih sayang. Walaupun kuih raya aku tak jadi pada mulanya, semangat raya tetap membara di hati aku.
Mamat datang dekat, bagi aku kotak kuih sambil senyum. Aku sambut kotak tu, baca doa sebelum buka. Bila aku buka kotak tu, aku terus menitiskan air mata. Ada rantai emas 10 gram, sama macam yang aku impikan sejak zaman anak dara dulu.
"Ini buat Leha, Bang?" aku tanya, tak percaya.
"Mestilah untuk Leha, isteri Abang yang dah berjaya buat kuih lepas lapan tahun kahwin," jawab Mamat sambil kucup dahi aku. "Terima kasih banyak sebab dah jadi isteri dan ibu untuk anak kita," sambungnya sambil pakaikan rantai tu kat leher aku.
"Terima kasih banyak Bang," ucapku sambil menangis terharu. Tak sangka impian dan usaha aku selama lapan tahun kahwin, setiap kali raya selalu gagal buat kuih, akhirnya berbaloi. Mamat dan mertua aku pun tak pernah putus asa nak ajar aku.
"Ingat pesan Abang?"
Aku senyum, jawab, "Jangan bakar kuih raya di jalan raya."
Mamat senyum, pimpin tangan aku, ajak ke ruang tamu, kumpul dengan keluarga dan saudara yang tengah meraikan raya bersama.
Aku tersenyum bahagia tengok sanak sedara dan jiran tengah asyik menikmati kue yang ku buat. Rasa letih pun berganti Lilahita'ala.